Tuesday 21 February 2017


Pengenalan.


Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.

          Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan Malaysia.






CIRI CIRI PANTUN KASIH DAN SAYANG

Puisi tradisional ini merupakan sejenis pantun.
·        Merupakan pantun 4 kerat.
·        Bertemakan kasih sayang.
·        Ciri-ciri pantun di atas ialah :
    
Pantun 4 kerat
     Mempunyai 2 rangkap. 1 rangkap terdiri daripada 4 baris
     1 baris mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan
     Bilangan suku kata sebaris ialah 9 hingga 10 suku kata
     Skema rima akhir pantun ini adalah tetap iaitu a-,b,a-b





Monday 20 February 2017

Contoh-contoh Pantun Kasih Dan Sayang




Contoh-contoh pantun kasih dan sayang.





Mawar putih kembang di taman,
Bunga indah suntingan puteri;
Rasa kasih bukan mainan,
Laut diredah permata dicari.

Selasih bukan sebarang selasih,
Selasih ditanam dibuat ubat;
Kasih bukan sebarang kasih,
Kasih suci di hati tersemat.

Apa guna selasih direnung,
Andai hanya duduk menimbun;
Apa guna kasih menggunung,
Andai hanya ibarat embun.

Pohon besar berakar banir,
Burung camar dari kuala;
Bagaikan sungai kasihku mengalir,
Andai dicemar rosak segala.

Layang-layang terbang ke atas,
Terbang burung berdua-dua;
Kasih sayang tiada terbatas,
Ke hujung dunia dicari jua.

Pohon jati tegak tunggal,
Buah salak enak dimakan;
Kasihkan isteri ditinggal-tinggal,
Sayang anak tangan-tangankan.

Suara kenari memikat jiwa,
Suara kedidi sedang melayang;
Antara duri adalah bunga,
Antara benci adalah sayang.

Duri semalu daun selasih,
Pohon pelam di tengah desa;
Bukan niatku menumpang kasih,
Mengutus salam meluah rasa.

Mawar biru di jalan berliku,
Segar masih dibawa ke kuala;
Baringkan dukamu di dadaku,
Haruman kasih pengubat segala.

Bawalah peti ke Tanjung Bidara,
Jalan selisih dengan si ratu;
Ku pujuk hati ku ubat lara,
Ku cari kasih Dia Yang Satu.

Cenderawasih dari semantan,
Terbang melara ke pohon pinang;
Salam kasih bertaut ingatan,
Jauh di mata di hati terkenang.

Putih mulus kapas kekabu,
Dibuat bantal si anak dara;
Biar putus kasih seribu,
Jangan ditinggal sanak-saudara.

Kapur sirih di dalam tepak,
Pinang dibelah nampak hempulur;
Bila kasih mula menapak,
Rindu resah datang menghulur.

Budak-budak bermain bayang,
Cahaya dari pelita satu;
Bagaimana nak dilafaz sayang,
Lidah kelu bibir membeku.

Mandi-manda di Pantai Bersih,
Jalan menuju ke Sungai Dua;
Hati dinda hendak berkasih,

Kalau setuju katakan ia.