Pengenalan.
Pantun
adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak berzaman
lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu
membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk
menyampaikan pemikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu
perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat
serta untuk bersuka-suka.
Pantun
adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia
khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol
artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir.
Pantun begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan Malaysia.
CIRI CIRI PANTUN KASIH DAN SAYANG
Puisi tradisional ini
merupakan sejenis pantun.
· Merupakan pantun 4 kerat.
· Bertemakan kasih sayang.
· Ciri-ciri pantun di atas ialah :
Pantun 4 kerat
Mempunyai 2 rangkap. 1 rangkap terdiri
daripada 4 baris
1 baris mempunyai 4 hingga 5 patah
perkataan
Bilangan suku kata sebaris ialah 9 hingga
10 suku kata
Skema rima akhir pantun ini adalah tetap
iaitu a-,b,a-b